Berita

Gunasekaren sumbang 323 pek makanan kepada keluarga terkesan dengan Covid-19

SEREMBAN JAYA: Sebanyak 323 pek makanan diagihkan kepada keluarga yang terkesan dengan Covid-19, oleh ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

Gunasekaren berkata, ramai penduduk di Taman Seremban Jaya dan Taman Tuanku Ampuan Najihah terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

“Justeru, sejak 17 Julai yang lalu, saya telah memulakan program makanan tengahari percuma di Taman Seremban Jaya dan Taman Tuanku Ampuan Najihah.

“Hari ini sebanyak 170 pek makanan tengahari telah diedarkan di Taman Seremban Jaya, manakala sebanyak 100 pek makanan tengahari telah diagihkan di Taman Tuanku Ampuan Najihah.

“Turut menerima sumbangan makanan tengahari ini sebanyak 53 individu dari beberapa taman perumahan sekitar DUN Seremban Jaya yang dikuarantin akibat Covid-19,” kata Gunasekaren.

Turut terlibat dalam program ini Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Tuanku Ampuan Najihah, Encik Musarul Jaafar; Pengerusi DAP Taman Tuanku Jaafar, Encik Rajasuria Muthu dan Pembantu Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Encik P.Minnal Veeran.

Show More

Related Articles

Back to top button