Berita

Gunasekaren sumbang alat pengimbas suhu badan kepada Surau Taman Seremban Jaya

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren menyumbang sebuah alat pengimbas suhu badan untuk kegunaan para jemaah Surau Fasa 1, Taman Seremban Jaya.

“Saya berharap pemberian alat pengimbas suhu badan kepada pihak surau dapat memudahcara bagi proses mengambil suhu badan para jemaah yang hadir beribadah ke surau kerana mengimbas suhu badan adalah antara SOP Pandemik Covid-19.

“Alat pengimbas suhu badan perlu disediakan oleh setiap premis kerana negara berhadapan dengan pandemik Covid-19 dan ianya penting bagi memastikan semua lapisan masyarakat berada di dalam keadaan sihat dan tidak berisiko,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali dan Pengerusi Surau Fasa 1, Taman Seremban Jaya, Encik Hanapi.

Show More

Related Articles

Back to top button