Berita

Gunasekaren: Surau Taman Sri Mawar akan dinaiktaraf

SEREMBAN JAYA: “Surau Infitah Al- Khairiah Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, Taman Sri Mawar akan dinaiktaraf dalam masa terdekat,” kata ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

Gunasekaren berkata demikian setelah mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan surau baru-baru ini.

“Kerja-kerja pemasangan karpet surau akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Kerja-kerja pembaikan kerosakan pintu, pintu grill dan syiling juga akan dilaksanakan demi keselesaan dan keselamatan kariah surau rumah pangsa.

Gunasekaren berkata, beliau akan melaksanakan kerja-kerja tersebut menggunakan peruntukan Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya.

Pengerusi Kebajikan Rumah Pangsa Sri Mawar, Encik Izlan dan Ahli Jawatankuasa Surau Encik Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button