Aktiviti

Hari Malaysia: ‘Pasukan’ MB berjaya menawan Bukit Batu Putih

PORT DICKSON: Sempena Sambutan Hari Malaysia 2020, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun bersama Exco Kerajaan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri Sembilan telah menyertai aktiviti mendaki Bukit Batu Putih di sempadan Negeri Sembilan dan Melaka di Port Dickson pagi kelmarin.

Sebelum memulakan aktiviti mendaki, aktiviti senaman ringan dan pertunjukkan Tarian Singa telah diadakan.

Setibanya di puncak bukit tersebut yang terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan; Aminuddin mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik Sambutan Hari Malaysia 2020.

“Alhamdullillah, ramai pengunjung mengambil peluang untuk berekreasi sempena cuti umum Hari Malaysia.

“Kepada yang berekreasi, beriadah dan berkonvoi; saya berdoa agar anda semua sentiasa selamat ketika menjalankan aktiviti riadah, Insyah Allah,” ujar Aminuddin.

Turut hadir Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Zulkefly Mohamad Omar; Timbalan Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ M.Ravi; Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong; Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek;

Exco Pembangunan Belia dan Sukan, YB Dato’ Mohd Taufek Abd Ghani; Exco Pembangunan Luar Bandar; Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Bakri Sawir; Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon; Exco Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional, YB Choo Ken Hwa dan Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman.

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button