Aktiviti

Hasan: 160 asnaf Repah disantuni sempena Aidiladha

Menerima sumbangan berbentuk duit raya, hamper dan barang keperluan dapur

TAMPIN: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tampin, telah mengadakan Program Menyantuni Rakyat Sempena Aidiladha di DUN Repah.

Ahli Parlimen Tampin, YB Datuk Dr.Hasan Baharom dan ADUN Repah merangkap Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, YB S.Veerapan telah menyampaikan sumbangan kepada 160 orang asnaf dari DUN Repah dalam bentuk duit raya, hamper dan barang keperluan dapur.

Program ini anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tampin dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Repah dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Repah.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada MPKK Ulu Yuh Baru selaku tuan rumah program ini, yang telah bekerja keras bagi menjayakan program ini.

“Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat membantu meringankan bebanan keluarga yang memerlukan,” kata Hasan.

Turut hadir Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A Tambi; Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin, Encik Shahrizan; Ahli Majlis Daerah Tampin dan Ahli Jawatankuasa MPKK DUN Repah.

 

Show More

Related Articles

Back to top button