BeritaMenarik

Sukan permotoran berimpak tinggi di Jempol

SEREMBAN: Kerajaan Negeri akan mengambil beberapa langkah bagi mewujudkan kondusif sukan permotoran berimpak tinggi di Jempol.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Mustapha Nagoor berkata demikian dalam Mesyuarat Hala Tuju Sukan Permotoran Berimpak Tinggi Di Jempol di sini.

“Antara langkah yang akan diambil ialah untuk meningkatkan kesedaran serta penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan permotoran.

“Selain itu, pelan tindakan untuk meningkatkan infrastruktur sukan permotoran, memperkenalkan program pembangunan bakat, dan meningkatkan keselamatan dalam perlumbaan dan latihan juga turut dibincangkan.

“Saya yakin dengan usaha bersama, kita dapat mencapai matlamat dalam mengembangkan sukan permotoran dengan lebih cemerlang,” kata Mustapha.

Mustapha berkata, mesyuarat ini adalah platform yang penting untuk membincangkan arah tuju dan inisiatif yang perlu diambil dalam memajukan sukan permotoran di daerah Jempol.

“Saya berharap hasil daripada mesyuarat ini akan membawa impak yang positif kepada perkembangan sukan permotoran di Jempol dan membawa kebaikan kepada komuniti setempat,” jelas beliau yang juga ADUN Palong.

Show More

Related Articles

Back to top button