Berita
Hasan sumbang RM2,000 kepada Tabika Perpaduan Taman Gemencheh Baru
TAMPIN: Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Hasan Bahrom memberi sumbangan kewangan sebanyak RM2,000 kepada Tabika Perpaduan Taman Gemencheh Baru.
Hasan berkata, sumbangan tersebut bagi membantu pihak tabika membeli set meja dan kerusi kanak kanak.
“Saya berharap agar sumbangan ini dapat memberi keselesaan kepada pelajar untuk belajar,” kata Hasan.