BeritaMenarik

Kementerian Kesihatan bakal laksana Reformasi Sistem Kesihatan

SEREMBAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melihat perancangan pembangunan dan penaiktarafan hospital serta klinik kesihatan di seluruh negara termasuk di Negeri Sembilan perlu dilaksanakan dengan bersepadu dan holistik di samping mengambil kira kriteria-kriteria yang komprehensif dan relevan dengan pembangunan semasa.

Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO Negeri Sembilan, YB Tengku Zamrah Tengku Sulaiman berkata, antara kriteria yang dipertimbangkan dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan dan sebelum sebarang inisiatif penaiktarafan fasiliti kesihatan dapat dilaksanakan ialah:

i) Pertambahan beban kerja dan bilangan penduduk;

ii) Keperluan perluasan perkhidmatan;

iii) Akses kepada perkhidmatan kesihatan terdekat di sekitarnya; dan

iv) Ketersediaan tapak yang sesuai & peruntukan Kerajaan.

“Buat masa ini, KKM sedang melaksanakan satu kajian iaitu Pelan Induk Fasiliti Kesihatan 2023 – 2045, ianya mengandungi perancangan pembangunan yang melibatkan hospital dan klinik kesihatan bagi jangka masa panjang.

“Justeru, pelaksanaan inisiatif ini diharapkan dapat memberikan landskap baharu dalam pendekatan perancangan fasiliti kesihatan yang menyeluruh dan teratur agar selaras dengan Reformasi Sistem Kesihatan yang bakal dilaksanakan,” kata Tengku Zamrah.

YB Desmond Siau Meow Kong (Rahang-PH)

Tengku Zamrah berkata demikian bagi menjawab pertanyaan ADUN Rahang, YB Desmond Siau Meow Kong (PH) di Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15.

Desmond Siau bertanya bagaimana Kerajaan Negeri merancang untuk memastikan bahawa peruntukan kesihatan mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk negeri ini.

Show More

Related Articles

Back to top button