Aktiviti

Husin agih 200 ekor Ayam Golek kepada fakir miskin Rantau

RANTAU: Penyelaras DUN Rantau, Tuan Husin Haroon dengan kerjasama empat MPKK mengagihkan 200 ekor Ayam Golek kepada golongan asnaf dan fakir miskin di DUN Rantau.

“Program ini dijalankan secara gotong royong yang melibatkan MPKK Kampung Rantau, MPKK Kampung Kanchong, MPKK Kampung Sri Lalang dan MPKK Kampung Solok.

“Proses penyediaan ini bermula seawal jam 10 pagi dan selesai diagihkan jam 6.30 petang.

“Secara keseluruhan para peserta yang terdiri dari ahli jawatankuasa MPKK menyatakan rasa puas hati kerana dapat berbakti kepada golongan asnaf dan fakir miskin.

“Diharapkan dengan sumbangan ini ia dapat memberikan sedikit senyuman di wajah penerima,” kata Husin.

 

Show More

Related Articles

Back to top button