Berita

Husin agih Kuih Bulan kepada 100 keluarga Tionghua

RANTAU: Sempena sambutan perayaan Kuih Bulan pada 22 September ini, Penyelaras DUN Rantau, Encik Husin Haron telah mengagihkan pek kuih bulan dan mini tanglung kepada 100 keluarga Tionghua di sekitar pekan Rantau.

“Program ini bertujuan menyantuni masyarakat Cina yang kurang berkemampuan agar dapat bersama-sama merasai kemeriahan sambutan perayaan Kuih Bulan.

“Pandemik Covid-19 dan keadaan ekonomi yang merudum menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat dan kaum Cina juga tidak terkecuali dengan kesan ini.

“Justeru, atas dasar prihatin saya berusaha mewujudkan suasana gembira di kalangan masyarakat Tionghua dalam menyambut perayaan Kuih Bulan.

Turut hadir Pengerusi MPKK DUN Rantau, Encik Mohd Liza Azmie Md Darus.

Show More

Related Articles

Back to top button