Berita

Keputusan membuka dan menutup kilang di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan,” Aminuddin

Peningkatan kes Covid-19 di Negeri Sembilan hasil saringan bersasar di sektor perindustrian

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan untuk membuka dan menutup premis perniagaan adalah di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) di bawah Ordinan Darurat.

Menurut Aminuddin, dalam keadaan biasa Pihak Berkuasa Tempatan berkuasa untuk menutup sesuatu premis apabila melanggar syarat dan peraturan.

“Walaubagaimanapun, menurut Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, hanya Kerajaan Persekutuan berhak memberi kuasa kepada mana-mana sektor ekonomi yang boleh dibuka dan ditutup.

“Beberapa fakta penting perlu dinyatakan terlebih dahulu bahawa kilang-kilang yang diberi kebenaran operasi oleh MITI adalah kilang-kilang yang sah di sisi undang-undang serta bukan kilang haram dan sebagainya. Kilang-kilang ini juga mempunyai lesen Pihak Berkuasa Tempatan yang masih sah tempoh.

“Kerajaan Negeri Sembilan sudah meminta dan akan terus mendesak MKN agar mana-mana kilang yang dibenarkan beroperasi, sekiranya terdapat jangkitan kes Covid-19 walaupun hanya satu atau dua kes; premis berkenaan hendaklah ditutup selama 14 hari,” jelas Aminuddin.

Aminuddin berkata, tindakan lanjut kilang berkenaan adalah dengan melakukan sanitasi penuh, saringan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) kepada semua pekerja dan seterusnya memastikan pematuhan SOP diperketatkan.

Sementara itu menurut Aminuddin, peningkatan kes Covid-19 di Negeri Sembilan mutakhir ini adalah hasil daripada saringan bersasar yang dilakukan oleh majikan terhadap pekerja terutamanya sektor pembuatan dan perindustrian serta saringan kontak rapat dan saringan bergejala.

Show More

Related Articles

Back to top button