Berita

Ibu Tinggal dua anak dapat perhatian Anwar dan Rusli

LINGGI: Nasib seorang ibu tinggal dua anak, Puan Harvinderjit Kaur Bacan Singh, 31, mendapat perhatian Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

Harvinderjit Kaur dari Taman Anika di sini, menghadapi masalah keluarga, tiada pekerjaan dan tempat tinggal.

Anawar berkata, beliau telah mendapatkan sebuah rumah sewa untuk keluarga ini dan akan membiayai sewa bulanan.

“Pejabat saya akan menyediakan barangan kelengkapan rumah buat beliau dan anak-anak.

“Pegawai saya juga sedang berurusan dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk proses bantuan susulan.

“Insyah Allah, saya akan pantau dan pastikan Puan Harvinderjit dan anak-anak beliau dibela sebaiknya,” kata Anwar.

Turut tinggal bersama beliau ialah ibu mertuanya.

Sementara itu Rusli dan Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman telah menyerahkan bantuan barangan keperluan dapur kepada Harvinderjit.

Turut hadir, Pegawai Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson, Mejar (B) Hasrin Abd Samat dan Ketua PH GEM Port Dickson, Puan Hadni Mashod.

Show More

Related Articles

Back to top button