Berita

Ibubapa ‘kehilangan’ anak terima Surat Hapuskira Pinjaman Yayasan Negeri Sembilan

SEREMBAN: Dua ibubapa yang ‘kehilangan’ anak kesayangannya baru-baru ini menerima Surat Hapuskira Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) dari Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, penerima pertama Allahyarham Mohamad Amirul Mukmin Zainal Abidin merupakan graduan lepasan Politeknik Port Dickson dalam bidang Diploma Kejuruteraan Mekanikal, meninggal dunia disebabkan kemalangan jalanraya sewaktu pulang daripada tempat kerja.

“Penerima kedua Allahyarhamah Nazatul Yusna Mohammad Akbar merupakan graduan lepasan Politeknik Nilai dalam bidang Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian yang meninggal dunia disebabkan menghidapi penyakit Talasemia.

“Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Negeri Sembilan berbesar hati meluluskan hapuskira pinjaman berjumlah RM8,000 untuk Mohamad Amirul Mukmin dan RM3,670.10 bagi Nazatul Yusna,” kata beliau.

Aminuddin turut menyampaikan sejumlah sumbangan kewangan dari YNS kepada kedua ibubapa Allahyarham dan Allahyarhamah dalam majlis ringkas di Wisma Negeri kelmarin.

“Semoga roh kedua-duanya diampuni dosanya dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

“Semoga kedua ibubapa mereka tabah dalam menempuhi dugaan yang maha berat ini,” kata Aminuddin.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr.Razali Ab Malik dan Pengarah YNS, Encik Nazri Kassim.

Show More

Related Articles

Back to top button