Berita

Imam Rumah Pangsa Taman Sri Mawar disantuni Gunasekaren

Ruzali terima sumbangan kerusi roda dari Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren bersama Pengerusi Kospen Fasa 10, Taman Seremban Jaya, Encik Yusriy telah menyantuni dan menyampaikan sebuah kerusi roda kepada Imam Surau Rumah Pangsa Taman Sri Mawar, Encik Ruzali Said, 71 tahun.

Gunasekaren berkata, Ruzali sebelum ini disahkan positif Covid-19 dan menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

“Beliau dibenarkan pulang ke rumah dan kini berehat di rumah keluarganya di Kampung Batu 9, Labu.

“Namun, beliau kini berada dalam keadaan yang sangat lemah dan tidak mampu untuk berjalan.

“Justeru, saya menyumbang sebuah kerusi roda untuk memudahkan ahli keluarganya menguruskan rutin beliau,” kata Gunasekaren.

Gunasekaren berkata, Ruzali adalah seorang yang aktif, sentiasa memberi kerjasama dan komitmen kepada masyarakat setempat.

Show More

Related Articles

Back to top button