Aktiviti

Impian ibu tunggal memiliki rumah sempurna tercapai

Jeram Padang: impian seorang ibu tunggal yang kurang berkemampuan, Roslin Abd Rahman untuk memiliki sebuah rumah yang sempurna akhirnya tercapai dengan siapnya pemasangan pintu dan dinding rumah.

Penyelaras DUN jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu berkata, kerja baik pulih rumah Roslin yang dimulakan sejak seminggu yang lalu di Kampung Seri Rompin, telah pun siap sepenuhnya.

“Semoga Roslin sekeluarga ceria dan selesa dengan siapnya kerja baik pulih rumah ini,” kata Musliadi.

Sebelum ini, pembinaaan rumah Roslin terhenti dan terbengkalai dan tidak berpintu sejak lima tahun lepas kerana faktor kewangan yang terhad akibat kematian suaminya.

Sukan pupuk semangat kesukanan

Sementara itu, Musliadi telah merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Takraw Tertutup Peringkat DUN Jeram Padang yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Rompin.

Pertandingan telah disertai oleh warga sekitar DUN Jeram Padang yang mewakili tempat masing-masing.

“Semoga kejohanan ini dapat memupuk semangat kesukanan dan dapat mencungkil bakat baru yang mampu untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi,” ujar Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button