Berita
Individu OKU terima sumbangan tongkat daripada Saiful


SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman telah memberikan sumbangan tongkat kepada Encik Suhairul Izad.
Saiful berkata, Encik Suhairil merupakan individu kelainan upaya dan memerlukan tongkat bagi membantu pergerakan beliau.
“Saya telah memberikan tongkat baru kepada beliau bagi menggantikan tongkat lama yang sudah patah.
“Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu melakukan aktiviti harian beliau,” kata Saiful.