Berita

Islam terus jadi keutamaan

Kenaikan Elaun Guru KAFA

Guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) merupakan antara penerima sebulan manfaat belanjawan 2019. Elaun sebelum ini adalah RM 900 sebulan, telah dinaikkan kepada RM 950 sebulan. Seramai 1500 orang Guru KAFA seluruh Negeri Sembilan menerima manfaat insentif ini.

Program Tadabbur Surah Al-Fatihah dan Surah Yasin dan Program Ahsan

Pelbagai usaha untuk memberikan kefahaman Islam dan memperkasakan institusi masyarakat seperti Masjid dan MPKK.

Kursus AHSAN untuk jawatankuasa Masjid Surau, Pengerusi serta Setiausaha MPKK seluruh Negeri Sembilan telah dijalankan sebanyak 14 siri melibatkan sekitar 300 orang peserta.

Objektif utama program ini adalah untuk memberikan gambaran jelas hala tuju Masjid sebagai pusat pembangunan umat terbaik menjelang tahun 2024. Manakala sebanyak 9 siri program Tadabbur Surah al-Fatihah dan Surah Yaasin telah dijalankan di Masjid terpilih. Program tersebut telah menarik sejumlah 1200 orang peserta dari seluruh Negeri Sembilan.

Tahfiz

Bantuan one-off turut diberikan kepada Institusi Tahfiz Swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Sehingga kini, 48 Institusi Tahfiz dan Pondok Negeri Sembilan (PANTAS) direkodkan. Sejumlah RM304,000 telah diperuntukkan kepada institusi tersebut.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button