Berita

Ismail anjur program ujian saringan Covid-19 percuma

LABU: Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu telah mengadakan ‘Program Ujian Saringan Covid-19 (RTK-AG Test) Percuma’ di Balai Raya Kampung Batu 10, Labu.

ADUN Labu, YB Ismail Ahmad berkata, program pada hari Ahad itu bermula dari 9.30 pagi hingga 1.30 petang.

“Penganjuran Program Ujian Saringan Percuma Covid-19 ini khusus buat warga DUN Labu bagi memberi kemudahan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk menjalani swab test terutamanya jika ada individu yang terdedah dengan risiko Covid-19.

“Program ini juga terbuka kepada masyarakat luar DUN Labu, dengan caj sebanyak RM30 untuk sekali swab test.

“Seramai 35 individu telah hadir untuk menjalani ujian ini,” kata Ismail.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Encik Mohd Helimy Samat; Penghulu, Encik Mohd Fauzi Isa; Pengerusi MPKK Kampung Kubang, Encik Ismail Aneepa; Pengerusi MPKK Kampung Lambar, Encik Khamis Musa; Pengerusi MPKK Kampung Batu 10, Encik Hameruddin dan Pengerusi MPKK Kampung Pulau, Encik Lazimda.

Show More

Related Articles

Back to top button