Aktiviti

Ismail berdialog, dengar masalah masjid dan surau

LABU: ADUN Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad telah menyantuni para pengerusi masjid dan surau di DUN Labu dengan mengadakan majlis dialog secara atas talian.

Ismail berkata, majlis yang berlangsung dengan penuh harmoni ini turut disertai oleh setiausaha masjid dan surau serta wakil muslimat.

“Majlis yang julung kali diadakan secara atas talian ini membolehkan saya mendengar permasalahan dan perkembangan semasa masjid dan surau di DUN Labu.

“Beberapa perkara berkaitan kebajikan kariah, keperluan masjid dan surau serta permintaan aktiviti khas muslimat telah dikemukakan.

“Saya akan meneliti setiap cadangan yang dikemukakan untuk tindakan selanjutnya,” ujar beliau.

Ismail menyatakan pendirian bahawa beliau tidak akan mencampuri urusan berkaitan pengurusan masjid dan surau.

“Saya berharap masjid dan surau terus berfungsi sebagai pusat menyatukan ummah tanpa mengira latar politik dan terus meraikan perbezaan pendapat.

“Majlis ini akan diteruskan pada masa akan datang dengan setiap pertemuan akan diminitkan untuk tujuan rekod,” jelas Ismail.

Show More

Related Articles

Back to top button