Berita

Ismail dan Gunasekaren ganding bahu berusaha selesaikan masalah setempat

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren bersama Exco Luar Bandar, YB Dato’ Ismail Ahmad telah menghadiri program “Kenali Kampung Sungai Gadut’.

Gunasekaren berkata, tujuan program ini diadakan ialah untuk melihat sendiri masalah setempat yang dihadapi penduduk di Kampung Sungai Gadut.

Ismail pula berkata, beliau akan menjemput semua jabatan yang berkaitan bagi melihat sendiri aduan yang dibawa penduduk dan langkah-langkah mengatasinya demi kebaikan penduduk setempat.

Beberapa masalah yang dibangkitkan adalah seperti berikut:

1. Jalan kampung perlu dinaik taraf
2. Sistem perparitan dan longkang perlu dibaiki
3. Isu pencemaran sungai perlu diatasi
4. Pembuangan sampah oleh kilang yang mendatangkan kacau ganggu dan bau busuk.
5. Pembakaran terbuka perlu ditanggani dengan melaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar
6. Menambah dan membaiki lampu jalan yang rosak
7. Semak samun di persekitaran landasan KTM yang perlu dibersihkan
8. Meletakkan tong sampah di tempat strategik dan kutipan berkala oleh SWM
9. Palang besi had ketinggian bagi menyekat kemasukan kenderaan berat
10. Membina benteng bagi menyekat hakisan tanah
11. Kemudahan jalur lebar telekomunikasi/internet
12. Bunyi bising dari kawasan industri
13. Menukar paip air (SAINS) yang uzur
14. Kolam takungan IWK yang terbiar berhampiran Bandar Seremban Selatan
15. Memohon status hak milik tanah daripada pegangan 99 tahun kepada pegangan bebas.

“Saya akan merujuk kesemua permasalahan ini kepada setiap jabatan untuk tindakan susulan. Semoga apa yang dirancang berjalan lancar,” ujar Ismail.

Show More

Related Articles

Back to top button