Aktiviti

Ismail galak anak muda ceburi bidang pertanian

REMBAU: Exco Luar Bandar, YB Ismail Ahmad, memenuhi jemputan ke program ‘Pemimpin Bersama Rakyat’ anjuran MPKK Kampung Haji Sulaiman, Rembau.

Ismail dibawa melawat ke projek pertanian sayur yang diusahakan oleh Mohammad Syamil Mohammat Azani dan Zamri Basiran di Kampung Haji Sulaiman.

Lokasi seterusnya di Kampung Sri Kendong, dimana Ismail melawat projek tanaman pisang, nenas dan cili yang diusahakan oleh Jalal. Ismail turut melawat projek ternakan ayam organik milik Dr. Yusoff.

Ismail juga berkesempatan menziarahi Mohd Isa Bakar yang memohon rumah PPRT di Kampung Sulaiman.

“Saya amat menyokong usaha anak muda yang menjalankan aktiviti pertanian khususnya di kawasan luar bandar.

“Pelbagai insentif disediakan oleh pihak jabatan dan agensi kerajaan dalam membantu golongan petani dan usahawan pada masa kini.

“Saya menyeru agar peluang ini dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya di kawasan luar bandar,” kata Ismail.

Turut sama hadir dalam program ini Pegawai Pertanian Daerah Rembau, Encik Noorul Amein Tarmizi; Penolong Pegawai Pertanian Daerah Rembau, Encik Muhammad Zariq Haiqal, Pengerusi MPKK Kampung Haji Sulaiman, Encik Ibrahim Mohd Noor dan Pengerusi MPKK Kampung Sri Kendong, Encik Rahimuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button