Aktiviti

Ismail: Kerajaan Negeri peka pendidikan anak Negeri Sembilan

LABU: Exco Pembangunan Luar Bandar, YB Ismail Ahmad berkata, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sentiasa peka dengan pendidikan anak Negeri Sembilan.

“Justeru, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah memperkenalkan satu insentif Bantuan Anak Sekolah (BAS) untuk memastikan kelangsungan proses pendidikan pelajar sekolah yang miskin di Negeri Sembilan.

“Bantuan ini kita hulurkan kepada pelajar miskin agar mereka tidak tercicir ke sekolah.

“Saya berharap agar bantuan ini dapat digunakan untuk keperluan pelajar dengan sewajarnya,” kata Ismail dalam ucapan perasmian Majlis Penyampaian BAS Fasa Kedua di Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu.

Ismail yang juga ADUN Labu berkata, seramai 53 orang penerima hadir untuk menerima bantuan tersebut.

“Sebelum ini, majlis penyampaian BAS bagi fasa pertama telah diadakan pada 27 Julai 2020 dan sebanyak RM300 telah diserahkan kepada setiap penerima.

“Hari ini kita serahkan baki RM250, ini menjadikan jumlah keseluruhan yang diterima pelajar atau ibubapa yang miskin adalah sebanyak RM550.

“Saya juga ingin mengingatkan ibubapa untuk terus mematuhi S.O.P bagi menangani isu pandemik Covid-19 serta melindungi anak-anak dari wabak tersebut,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button