Berita

Ismail lancar inisiatif ‘Food Bank’ Kampung Mantai, Gemencheh

GEMENCHEH: Exco Pembangunan Luar Bandar, YB Dato’ Ismail Ahmad telah menyempurnakan pelancaran Food Bank MPKK Kampung Mantai, Gemencheh; yang mana merupakan salah satu inisiatif yang dijalankan oleh Pengerusi MPKK kampung berkenaan, Puan Aliah Zakaria bagi membantu golongan asnaf untuk mendapatkan keperluan makanan asas.

Pada program pelancaran Food Bank tersebut, seramai lima keluarga telah menerima sumbangan makanan asas seperti beras, tepung, gula, susu dan mee hoon.

“Bekalan makanan di bawah program Food Bank ini diharapkan boleh menjimatkan perbelanjaan pembelian makanan asas golongan asnaf dan secara tidak langsung pendapatan yang ada digunakan untuk perbelanjaan lain seperti pendidikan, kesihatan dan bil utiliti,” kata Ismail.

Sempena majlis pelancaran, seramai lima keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan makanana asas dari Ismail.

Dalam lawatan kerja sehari ke Kampung Mantai, Ismail turut melawat kawasan tanah perkuburan serta projek tanaman limau kasturi yang diusahakan oleh penduduk setempat.

Beliau juga membuat tinjauan untuk membaik pulih papan tanda sempadan Negeri Sembilan dan Melaka yang terletak di kampung tersebut.

Turut hadir sama, Ahli Parlimen Tampin, YB Datuk Dr.Hasan Bahrom dan Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa MPKK DUN Gemencheh.

Show More

Related Articles

Back to top button