Berita

Ismail lancar Kempen Tabung Pahlawan Negeri Sembilan

MB sumbang RM100 ribu

SEREMBAN: Exco Luar Bandar, YB Ismail Ahmad melancarkan Kempen Tabung Pahlawan Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2020 di Dewan Arena CMC, Sikamat.

Ismail yang mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata; “Kerajaan Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas jasa tentera dan veteran tentera yang telah berjuang memastikan kita semua hidup aman dan menjalankan aktiviti kehidupan dengan sejahtera.

“Saya berharap semua veteran ATM terus memberi sumbangan tenaga dan buah fikiran dalam masyarakat.

“Berdasarkan kepada pengalaman dan kepakaran yang ditimba, ianya sangat berguna sekiranya dimanfaatkan dalam masyarakat,” kata Ismail dalam ucapan perasmian Majlis Sepetang Bersama Pemimpin dan Majlis Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2020 anjuran Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Negeri Sembilan (PVATM).

Ismail turut menyampaikan sumbangan kewangan dari Aminuddin sebanyak RM100,000 kepada pihak PVATM. Turut hadir Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon.

Sementara itu dalam satu majlis yang berasingan di Labu, Ismail bersama Pengerusi MPKK Kampung Kubang, Encik Ismail Aneepa dan Pengerusi MPKK Kampung Lambar, Encik Khamis Musa meluangkan masa menziarahi dan menyantuni dua keluarga yang kehilangan ahli keluarganya baru-baru ini.

“Dua keluarga yang disantuni ialah keluarga Allahyarham Hadlis Ahmad di Kampung LBJ dan Allahyarham Ramli Man di Taman Gadong Jaya yang telah kembali kerahmatullah.

“Takziah diucapkan kepada seluruh anggota keluarga atas kehilangan insan tersayang, semoga sabar dan tabah.

“Sama-samalah kita mendoakan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan hamba-hambaNYA yang bertaqwa,” kata Ismail.

Show More

Related Articles

Back to top button