Berita

Masalah longkang Kampung Paya akan diatasi segera

SRI TANJUNG: Masalah ketiadaan longkang di Kampung Paya akan diatasi segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, YB Dr.Raja Sekaran berkata, beliau menerima aduan daripada penduduk setempat rumah mereka dimasuki air apabila hujan kerana tiada saliran longkang.

“Oleh itu, saya telah turun padang bersama Pegawai Tanah dan Daerah Port Dickson serta Pegawai Jabatan Kerja Raya Daerah Port Dickson untuk melihat keadaan di kawasan tersebut.

“Sesi rundingan juga turut diadakan bagi memudahkan urusan pembinaan longkang di sepanjang Jalan Kampung Paya.

“Permohonan telah dihantar dan kerja pembinaan akan dijalankan dalam masa terdekat,” kata Raja Sekaran.

Show More

Related Articles

Back to top button