Berita

Ismail mahu MPKK lahirkan usahawan

LABU: Exco Pembangunan Luar Bandar, YB Ismail Ahmad mahu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) mengetengahkan usahawan sebagai salah satu kaedah pelaksanaan rancangan kemajuan kampung.

“Pasca Pandemik Covid-19 dan perubahan Kerajaan Persekutuan telah merubah halatuju dan pembangunan yang dirancang sebelum ini, di mana perancangan kampung dalam pembangunan Desa Lestari dan PROSPEK tidak dapat dilaksanakan.

“Dalam perancangan ‘Halatuju Pembangunan Kampung 5 Tahun’, MPKK harus melaksanakan rancangan kemajuan kampung dalam mengetengahkan usahawan dan meningkatkan landskap serta jalan kampung bagi kemudahan generasi akan datang.

“Dalam melestarikan masyarakat dengan pembangunan yang mampan, pihak MPKK akan bekerjasama dengan pelbagai agensi serta jabatan kerajaan di peringkat negeri bagi meningkatkan lagi sosio ekonomi penduduk

“Apabila melahirkan usahawan, ia akan mempertingkat kualiti sosio ekonomi penduduk setempat,” katanya.

Ismail yang juga ADUN Labu berkata, demikian setelah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pulau kali ke-2 bagi tahun 2020 dengan memfokuskan kepada pembangunan kampung dalam “Kehidupan Norma Baru”.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button