Berita

Ismail meraikan 500 keluarga kurang berkemampuan sempena Deepavali

LABU: Sempena sambutan Deepavali, ADUN Labu, YB Ismail Ahmad, telah meraikan 500 keluarga India kurang berkemampuan dengan sumbangan ‘hamper’ makanan.

Ismail berkata, beliau menyumbang ‘hamper’ makanan kepada 500 keluarga Hindu di Kampung Gadong Jaya, Taman Desa Cempaka, Rumah Rakyat Batu 10 Labu, Taman Pekan Labu, Taman Dato’ Shahardin, Rumah Rakyat Batu 7 Labu, Labu Indah, Taman Tiroi, penduduk kuarters dan kakitangan Sime Darby Ladang Labu Batu 10, Ladang Kirby, Ladang Corotina, Ladang New Labu, Kampung LBJ dan Balai Polis Labu Batu 10.

“Ini sumbangan ikhlas dari saya sempena sambutan Deepavali dan saya berharap semoga sumbangan kecil ini sedikit sebanyak memberi sinar kepada warga DUN Labu yang menyambut Hari Deepavali dalam keadaan PKPB berikutan pandemik Covid-19.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya MPKK DUN Labu yang sentiasa prihatin dan mengambil berat kepentingan anak buah mereka,” kata Ismail yang juga Exco Luar Bandar.

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button