Aktiviti

Ismail prihatin kepentingan belia Labu

LABU: ADUN Labu, YB Ismail Ahmad sentiasa prihatin kepentingan belia di DUN Labu dan ini termasuk aspek sukan dan riadah.

Ismail berkata, justeru kerja-kerja membaik pulih dan menaiktaraf gelanggang sepak takraw melalui peruntukan pejabatnya telah dilaksana di Kampung Pulau, Kampung Jawa, Kampung Tengah dan Kampung Pelegong.

“Alhamdullillah, kerja baik pulih dan naik taraf gelanggang sepak takraw telah siap sepenuhnya.

“Dengan adanya kemudahan sebegini, saya berharap agar ianya memberi keselesaan khususnya kepada golongan belia untuk beriadah dan bersukan.

“Saya dan barisan kepimpinan MPKK di DUN Labu akan merancang untuk menaiktaraf gelanggang sepak takraw di semua kampung dan taman dalam DUN Labu secara berperingkat-peringkat,” katanya yang juga Exco Luar Bandar.

Ismail turut merakamkan penghargaan kepada Pejabat Daerah Seremban atas pemantauan projek naik taraf ini serta Ahli Majlis DUN Labu, Encik Ahmad Izzuddin Ismail dan Encik TPr. Mohd Helimy Samat atas kerjasama dalam membantu kerja-kerja menaiktaraf dan baikpulih gelanggang sepak takraw di empat lokasi tersebut.

Dalam sesi lawatan ke salah satu gelanggang sepak takraw yang siap dibaikpulih di Kampung Pulau, Ismail turut menyumbang satu set bola dan jaring sepak takraw bagi kegunaan anak muda di kampung tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button