Berita

Ismail rasmi Surau Along Kadir, Kampung Lambar

LABU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad merasmikan Surau Along Kadir, Kampung Lambar di sini sempena Sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini.

“Saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pengurusan surau di atas penganjuran program Maulidur Rasul ini.

“Di samping kita mendengar ceramah agama yang disampaikan, saya juga berpeluang beramah mesra dengan jemaah surau.

“Semoga apa yang dilaksanakan ini sentiasa dalam keberkatan dan rahmat Allah,” kata Ismail.

Program diserikan dengan alunan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang dipimpin Pegawai Agama dan Kebajikan Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu, Ustaz Fakruradzi Abdullah.

Ismail turut menyerahkan bantuan bakul makanan kepada penduduk kampung yang hadir.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Lambar, Encik Khamis Musa dan Pengerusi Surau, Encik Mohd Fouzi Mohd Isa.

Show More

Related Articles

Back to top button