Berita

Ismail: Rebut maklumat dan jangan selesa dengan kemenangan

SEREMBAN: Exco Luar Bandar dan ADUN Labu, YB Ismail Ahmad menasihatkan jentera Pakatan Harapan Negeri Sembilan merebut maklumat dan jangan selesa dengan kemenangan.

“Maklumat sangat penting untuk kita menembusi sesuatu sasaran pengundi.

“Contohnya, selepas kita menyerahkan insentif Institut Pengajian Tinggi (IPT) kepada pelajar IPT, adakah kita ‘follow up’ dengan prestasi pendidikan mereka selepas itu?

“Ini perlu agar sentuhan peribadi antara kita dengan pelajar ini tidak terputus begitu sahaja.

“Maklumat dan database ada di tangan kita, tetapi jika kita tidak memanfaatkannya, kita yang rugi,” kata Ismail.

Ismail berkata demikian, dalam ucapan perasmian penutupan Seminar Sistem Komunikasi Moden anjuran  KUASA (NGO) khusus untuk Pejabat ADUN-ADUN Pakatan Harapan di Palm Hotel.

Turut hadir, ADUN Rahang, YB Mary Josephine.

Kordinator KUASA, Encik Praba Ganesan berkata, penyampaian maklumat yang lebih efektif perlu supaya kepentingan rakyat dapat dijaga.

Peserta program dilatih teknik penyebaran maklumat menggunakan pelbagai medium di peringkat DUN masing-masing.

Turut mengendalikan seminar ini ialah Kordinator KUASA, Encik Sharizal Shaarani dan Cik Addeeni Syifa Mohd Asyraf.

Show More

Related Articles

Back to top button