Aktiviti

Ismail santuni masyarakat Tionghua Batu 8 Labu

LABU: ADUN Labu, YB Ismail Ahmad mengagihkan bantuan barangan keperluan dapur kepada 50 keluarga Tionghua yang kurang berkemampuan di Kampung Seri Batu 8 di sini.

“Pandemik Covid-19 memberi kesan yang besar kepada masyarakat terutamanya golongan B40.

“Justeru, sumbangan barangan makanan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima.

“Bagi mematuhi SOP yang ditetapkan, pengagihan dari rumah ke rumah akan dibuat menerusi MPKK,” ujar Ismail.

Sementara itu, Ismail turut mengadakan perbincangan dengan Pengerusi MPKK Kampung Seri Batu 8, Encik Ah Yap.

“Kami berbincang beberapa perkara berkaitan keperluan infrastruktur dan kebajikan masyarakat setempat.

“Insyah Allah setiap permasalahan akan ditangani dengan sebaiknya,” kata Ismail.

Show More

Related Articles

Back to top button