Aktiviti

Ismail ‘sayang’ warga emas Labu

LABU: Program ‘Masih ada yang sayang’ Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu merupakan program rutin bulanan ADUN Labu, YB Ismail Ahmad.

Kali ini Ismail turun padang menziarahi dan menyantuni serta menyampaikan sumbangan katil mudah alih boleh laras kepada Puan Sittia Surnsoo di Kampung Chelet, Jalan Sepang yang sakit terlantar.

Turut menerima katil mudah alih boleh laras ialah Puan Noromah Abdullah di Kampung Bukit Kadir.

“Saya amat prihatin terhadap penduduk Labu terutamanya warga emas atau golongan yang mengalami masalah kesihatan kronik dan memerlukan sumbangan peralatan kesihatan.

“Diharap sumbangan ini dapat dimanfaatkan dengan baik dan seterusnya meringankan usaha penjagaan.

“Syabas dan tahniah kepada semua pengerusi serta Ahli Jawatankuasa MPKK di DUN Labu yang sentiasa mengambil berat dan menjadi mata dan telinga Kerajaan Negeri,” kata Ismail yang juga Exco Luar Bandar.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Jalan Sepang, Encik Nurazan, Setiausaha MPKK dan Ahli Jawatankuasa Masjid Kariah Bukit Kadir.

Show More

Related Articles

Back to top button