Berita

Isteri mangsa Covid-19 terima bantuan kewangan Kerajaan Negeri

KOTA: Penyelaras DUN Kota, Tuan Muhammad Allif Ibrahim menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada seorang waris yang kehilangan suaminya baru-baru ini akibat dijangkiti virus Covid-19.

Mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan, Muhammad Allif menyampaikan sumbangan kewangan Covid-19 itu kepada Puan Asmah Ahmad di Pejabat Penyelaras DUN Kota.

“YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun amat mengambil berat kebajikan dan keperluan rakyat di negeri ini khususnya dalam menghadapi dugaan dan cabaran penularan wabak Covid-19.

“Sehubungan dengan itu, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan memberikan sumbangan wang tunai RM1,000 sebagai tanda keprihatinan kepada Puan Asmah yang kehilangan suami akibat Covid-19.

“Semoga bantuan ini dapat mengurangkan serba sedikit beban kehidupan Puan Asmah sekeluarga,” kata Muhammad Allif.

Show More

Related Articles

Back to top button