Berita

Isu air masuk rumah penduduk dapat perhatian Bakri

KUALA KLAWANG: Permasalahan air hujan melimpah masuk ke rumah seorang penduduk, Encik Chong Nyet Fa di Kampung Baru Hosapa, Jelebu; mendapat perhatian ADUN Klawang, YB Bakri Sawir.

“Beliau menghadapi masalah air hujan memasuki rumahnya setiap kali hujan, disebabkan permasalahan sistem perparitan yang tidak mengikut spesifikasi Majlis Daerah.

“Selain itu isu sebuah bangunan di sebelah rumah beliau yang membina sebuah tandas secara haram.

“Tandas itu menghadap ruang makan Chong dan menyebabkan pencemaran bau busuk.

“Kita akan mengambil tindakan dengan memberi notis kepada tuan punya bangunan dan jika tiada apa-apa perubahan, maka tindakan yang tegas akan diambil,” kata Bakri yang juga Exco Pertanian dan Industri Asas Tani.

Turut hadir Pegawai Majlis Daerah Jelebu, Ketua Kampung MPKK Hosapa dan Pegawai Pusat Khidmat DUN Klawang.

Show More

Related Articles

Back to top button