Berita

Isu dinding rumah retak Taman Bahau dapat perhatian Musliadi

JERAM PADANG: Permasalahan laluan air longkang yang tidak sempurna yang mengakibatkan keretakan di struktur dinding rumah penduduk Taman Bahau Fasa 1, mendapat perhatian segera Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

Musliadi bersama Jurutera Majlis Perbandaran Jempol (MPJL), Encik Rostam telah turun padang untuk melihat sendiri aduan dari wakil penduduk, Encik Ramasamy.

“Berdasarkan aduan penduduk yang terlibat, permasalahan ini berlarutan sejak sekian lama dan ianya telah mengakibatkan retakan dinding rumah berlaku.

“Pihak MPJL akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Terima kasih kepada Encik Rostam yang akan usahakan proses pembaikan ini,” kata Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button