Berita

Isu hakisan tanah Taman Seremban Jaya dapat perhatian segera Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Masalah hakisan tanah dan tanah mendap di Jalan SJ 3/2, Taman Seremban Jaya mendapat perhatian segera ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

Gunasekaren dan Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Puan Jamilah Said Ali telah melawat lokasi aduan hakisan tanah tersebut.

“Hasisan tanah dan tanah mendap ini dipercayai berpunca daripada serapan air yang menyerap masuk ke dalam tanah melalui longkang yang pecah.

“Masalah ini melibatkan dua buah rumah dan difahamkan kejadian berlaku secara tiba-tiba kelmarin.

“Aduan telah pun dipanjangkan kepada Pegawai Kejuruteraan MBS, Encik Abu Zah untuk tindakan susulan dan permasalahan ini akan disiasat segera.

“Penghuni rumah seharusnya peka dan melaporkan keadaan longkang pecah dan serapan air yang berlaku pada peringkat awal lagi bagi mengelak sebarang kejadian yang lebih buruk,” kata Gunasekaren.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button