Berita

Isu jalan dan longkang Kampung Segenting akan diselesaikan segera

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah berkata, permasalahan sistem saliran dan isu jalan yang dibina di dalam kawasan persendirian di Kampung Telok Pelandok akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Rusli bersama Ahli Jawatankuasa MPKK Kampung Telok Pelandok telah melawat Kampung Segenting dan bertemu penduduk kampung yang mengadu tentang permasalahan sistem saliran dan isu jalan yang dibina di dalam kawasan persendirian.

“Ada dua isu dalam kampung ini. Pertamanya, terdapat lot-lot tanah bercukai (cukai tanah), tetapi tiada sistem saliran yang sempurnah dibina dan setiap kali hujan, air akan memasuki rumah penduduk.

“Isu kedua, selama ini jalan kampung yang dibina adalah di atas tanah persendirian dan sekarang tuan punya tanah tersebut meminta dialihkan ke atas rizab jalan sedia ada.

“Siasatan yang dibuat mendapati jalan sedia ada di kampung tersebut telah dibina hampir 20 tahun yang lepas tanpa mengambil kira rizab jalan.

“Sementara longkang tidak dapat dibina sepanjang jalan memandangkan jalan tersebut berada di tanah persendirian,” jelas Rusli.

Rusli berkata, beliau telah menghubungi Pejabat Daerah Port Dickson untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian.

“Insyah Allah kedua-dua isu ini akan diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button