Berita

Isu korek pasir yang musnahkan sumber makanan ternakan dapat perhatian Bakri

TAMPIN: Aktiviti pengorekan pasir di Kampung Keru yang menyebabkan sumber makanan rumput bagi ternakan lembu dan kambing musnah; mendapat perhatian Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Bakri Sawir.

Bakri melawat tapak ternakan kambing, lembu dan kolam ikan kepunyaan Encik Abdul Razak Majid di kampung tersebut bertujuan meninjau kawasan sumber makanan ternakan yang musnah akibat kerja-kerja pengorekan pasir oleh sebuah syarikat yang beroperasi berdekatan dengan kawasan ternakan tersebut.

“Akibat dari kerja-kerja pengorekan pasir tersebut, ia telah menyebabkan sumber makanan rumput bagi kambing dan lembu musnah. Kolam ternakan ikan pula mengalami pencemaran yang mengakibatkan air kolam kotor dan menjadi keruh.

“Saya akan cuba menyelesaikan masalah ini di peringkat daerah dan sekiranya tiada penyelasaian, saya akan membawa isu ini ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco),” kata Bakri.

Turut serta dalam lawatan ini ialah pegawai dari Jabatan Pertanian Daerah Tampin serta Jabatan Veterinar dan Perikanan Daerah Tampin.

Show More

Related Articles

Back to top button