Berita

Isu pembuangan sampah di Kampung Pengkalan Durian akan ditangani segera

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah berkata, isu pembuangan sampah yang tidak terkawal di Kampung Pengkalan Durian di sini akan ditangani dengan segera.

Menurut Rusli, walaupun lokasi pembuangan sampah ini merupakan tanah milik persendirian, namun ianya tidak boleh dijadikan sebagai tapak pembuangan sampah.

“Sampah yang dibuang tidak diuruskan dengan baik dan bersepah-sepah kerana sering diselongkar oleh anjing liar dan binatang lain.

“Ada juga kejadian membakar sampah yang boleh menyebabkan kabel elektrik yang berada berhampiran terbakar.

“Saya akan bawa permasalahan ini kepada pihak Majlis Perbandaran Port Dickson dan SWM untuk mencari jalan penyelesaian terbaik,” ujar Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button