Berita

Cha seru ahli DAP all out PRN ini

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin menyeru ahli DAP cawangan Labu untuk memberikan khidmat yang terbaik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Saya yakin bahawa kerusi DUN Labu yang dimenangi PRU lepas dapat dipertahankan.

“Sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Rasah, saya akan mengerahkan jentera DAP DUN Bukit Kepayang untuk membantu DUN Labu.

“Dalam masa sama saya turut menegaskan terdapat terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan.

“Antaranya semangat setia kawan Pakatan Harapan wajar diutamakan.

“Selain itu, perkara peribadi wajar diketepikan untuk mempertahankan kesemua kerusi yang dimenangi,” kata Cha.

Show More

Related Articles

Back to top button