Berita

Isu ternakan merosakkan tanaman penduduk kampung dapat perhatian Bakri

KUALA KLAWANG: Isu ternakan terbiar yang menceroboh kawasan kampung, merosakkan tanaman dan harta penduduk Kampung Batu Serambai dan Kampung Renal, Jelebu, akan di bawa ke mesyuarat Exco Kerajaan Negeri untuk tindakan sewajarnya.

Berikutan aduan penduduk kampung, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, YB Bakri Sawir telah turun padang ke kampung tersebut bagi mendengar dan membincangkan permasalahan tersebut dengan penduduk kampung.

“Haiwan ternakan ini juga telah menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalanraya.

“Bagi memastikan kepentingan dan keselamatan penduduk kampung terjamin, hari ini saya juga telah berbincang dengan pihak polis, Jabatan Veterinar, Majlis Daerah Jelebu dan MPKK.

“Kerajaan Negeri akan ambil tindakan yang sewajarnya,” kata Bakri.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close
Close