Berita

Jalan Raya Kampung Peradong akan dinaik taraf

KLAWANG: ADUN Klawang, YB Dato’ Bakri Sawir telah meninjau sebatang jalan raya di Kampung Peradong yang dilaporkan berada di dalam keadaan yang kurang memuaskan.

“Tinjauan bersama Jurutera Daerah JKR Jelebu, Encik Shahrizal mendapati kemungkinan permukaan jalan raya telah haus dan kurang memberi cengkaman kepada tayar kenderaan yang lalu lalang di situ.

“Saya telah mengarahkan pihak JKR mengambil tindakan segera dengan memasang papan tanda yang sewajarnya memberi amaran kepada pengguna jalan raya, sementara menunggu jalan berkenaan diturap.

“Ini ialah kerana keadaan jalan raya ini akan menjadi lebih berbahaya apabila hari hujan.

“Saya berharap pengguna berhati-hati apabila menggunakan jalan raya ini,” kata Bakri Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Peradong dan Penghulu Mukim Peradong Encik Rashid.

Show More

Related Articles

Back to top button