Menarik

MDKP perkenal sistem bayaran parkir secara digital

KUALA PILAH: Bagi memudahkan urusan Warga Kuala Pilah dan pengunjung yang datang ke Kuala Pilah, Majlis Daerah Kuala Pilah akan melaksanakan sistem pembayaran tempat letak kenderaan secara atas talian berkuatkuasa 4 Mac 2024 (Isnin).

Bayaran boleh dibuat menggunakan aplikasi ‘JomParking’ dan ‘Govicle’.

Kadar bayaran kekal, tiada peningkatan iaitu hanya RM0.30 sejam.

Majlis Daerah Kuala Pilah merupakan Majlis Daerah Pertama di Negeri Sembilan yang melaksanakan Sistem Pembayaran Tempat Letak Kereta Digital selaras matlamat ke arah Majlis Perbandaran 2035.

Walaubagaimanapun sistem bayaran kupon parking masih diteruskan. Semoga ianya memanfaatkan dan memudahkan pengguna kenderaan.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi JomParking di Google Play Store atau Apple App Store.

Show More

Related Articles

Back to top button