Berita

Jalan Tampin – Kuala Pilah ditutup sementara waktu

Bagi membaiki struktur jambatan yang tidak selamat di Seksyen 23.6

KUALA PILAH: Jalan Persekutuan Tampin – Kuala Pilah ditutup sementara waktu untuk semua jenis kenderaan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Ini untuk membolehkan kerja-kerja membaik pulih dilakukan di struktur jambatan di laluan FT009, Seksyen 23.6, Jalan Persekutuan Tampin – Kuala Pilah.

Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Pilah, Ir Mohd Faizul Mohd Ali berkata, penutupan jalan itu adalah disebabkan oleh kerosakan struktur jambatan di Seksyen 23.6 yang membahayakan keselamatan pengguna jalanraya.

“Jambatan ini dibina sekitar tahun 1950an dan terletak di kawasan yang agak rendah dan sering berlaku hakisan akibat hujan lebat, sekali gus mengakibatkan strukturnya tidak lagi selamat

“Oleh itu, JKR mengambil keputusan menutup laluan ini untuk sementara waktu bagi membolehkan kerja membaik pulih dilakukan,” katanya.

Pengguna jalanraya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif seperti berikut:

Laluan Alternatif (1) dari Tampin akan melalui Laluan N14 (Persimpangan Inas) – Laluan N123 (Inas – Senaling) – Laluan N24 dan masuk semula FT009 (Persimpangan Pekan Senaling) untuk ke Kuala Pilah.

Laluan alternatif (2) dari Kuala Pilah akan melalui laluan N22 (Senaling – Kepis) – Laluan N17 (Bahau – Dangi) dan masuk semula ke persimpangan FT009, Johol untuk ke Tampin.

Show More

Related Articles

Back to top button