Berita

Jambatan baru Kampung Kurnia DiRaja telah siap dibina

GEMAS: Merujuk kepada laporan Negeri Kita pada 17 Mac lalu, Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman telah mengerakkan satu aktiviti gotong royong membina semula jambatan rosak yang menghubungkan Kampung Kurnia DiRaja dengan Kampung Pasir Besar.

“Jambatan ini rosak akibat kejadian banjir baru-baru ini.

“Justeru, diketuai oleh Pengerusi MPKK, Encik Mahmod Isa, penduduk kampung telah bergotong royong membaik pulih jambatan tersebut.

“Kos bahan pembinaan jambatan ini ditanggung melalui peruntukan pejabat saya.

“Alhamdulillah jambatan baru ini telah siap dibina dan boleh digunakan oleh penduduk kampung,” kata Siti Aishah.

Turut hadir Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Dr.Hasan Baharom dan beliau memuji semangat penduduk yang sanggup berganding bahu untuk membaiki jambatan tersebut.

Encik Mahmod mengucapkan berterima kasih kepada Siti Aishah yang peka dan prihatin serta cepat mengambil tindakan untuk menyelesaikan permasalahan jambatan yang rosak tempohari.

Show More

Related Articles

Back to top button