Berita

Jambatan runtuh sejak lima tahun diganti baharu

SERTING: Pekebun kelapa sawit di Kampung Ladang Geddes kini boleh menarik nafas lega apabila jambatan yang runtuh dan rosak sejak lima tahun lalu telah diganti dengan jambatan konkrit yang baharu.

Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli berkata, pekebun kelapa sawit terpaksa mengunakan jalan alternatif yang jaraknya lebih kurang enam kilometer berbanding laluan asal sekitar tiga kilometer.

“Jambatan berkenaan merupakan laluan utama bagi kira-kira 50 pekebun kebun kelapa sawit untuk pergi menjual hasil di kilang berhampiran.

“Saya berharap jambatan konkrit baru ini dapat mengelak pekebun daripada menanggung kerugian akibat sukar membawa keluar buah kelapa sawit dan hasil pertanian lain,” kata Abdul Rahman.

Pengerusi MPKK Kampung Ladang Geddes, Encik Murugan Krishnan dan pengusaha kebun kelapa sawit mengucapkan terima kasih kepada Abdul Rahman di atas keprihatinan beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button