BeritaMenarik

Port Dickson juara Piala Tuanku 2024

SEREMBAN: Pasukan bola sepak Port Dickson muncul juara dalam perlawanan akhir Piala Tuanku 2024 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Port Dickson membawa pulang sebuah piala, pingat dan wang tunai RM10,000 selepas mengalahkan Jelebu 4-1 dalam penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan bertarung tanpa jaringan selama 90 minit masa penuh perlawanan.

Naib juara Jelebu pula memenangi sebuah piala, pingat dan hadiah wang tunai RM5,000.

Sementara itu, dua pasukan yang kalah di peringkat separuh akhir iaitu Seremban dan Tampin menerima hadiah wang tunai RM3,000 setiap pasukan.

Kejohanan ini diadakan setiap tahun sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang disambut pada 14 Januari lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button