Aktiviti

‘Jejak Kasih Skuad KeADILan’ santuni pesakit tumor otak cilik

RANTAU: Skuad KeADILan Negeri Sembilan meluangkan masa menziarahi seorang pesakit tumor otak, Adik Muhammad Umar Khusairi, yang baru berumur sembilan tahun di Kampung Pasir, Linsum, Rantau.

Menurut nenek kepada Adik Umar, Puan Zainab Ibrahim yang menjaganya, penyakit ini dikesan sejak Umar berumur tujuh tahun dan sentiasa menghadapi masalah epilepsi (sawan) serta kesakitan di kepala.

“Buat masa ini rawatan sedang dijalankan dan Adik Umar terpaksa mengambil ubat untuk mengawal kasakitan serta sawan.

“Adik Umar akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat selepas menjalani saringan MRI,” kata Zainab.

Ketua Skuad KeADILan Negeri Sembilan, Saudara Gary Muthu berkata, pihaknya mendapati Adik Umar amat aktif dan petah bercakap serta mahir dalam pertuturan.

“Buat masa ini Adik Umar dijaga oleh neneknya dan memerlukan bantuan. Maka dengan ini, Skuad KeADILan Negeri Sembilan akan melancarkan satu tabung bantuan untuk meringankan beban Adik Umar dan keluarganya dalam masa terdekat.

“Skuad KeADILan menyumbang ‘Duit Raya’ dan barangan keperluan dapur kepada Adik Umar dan neneknya bagi meringankan sedikit beban mereka ,” ujar Gary.

 

Show More

Related Articles

Back to top button