Berita

Jelajah Denyut Nadi Rakyat santuni masyarakat yang memerlukan

LINGGI: Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson dengan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Linggi telah menganjurkan
Program Jelajah Denyut Nadi Rakyat di Dewan Linggi pada Ahad.

Program ini dihadiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun, Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

Rusli berkata, seramai 100 ketua keluarga telah menerima sumbangan barangan keperluan dapur dalam program tersebut.

“Saya menyeru kepada masyarakat setempat agar peka dengan keadaan di sekeliling dan membantu mereka yang memerlukan (bantuan).

“Inilah iltizam Jelajah Denyut Nadi Rakyat bagi terus menyantuni rakyat, mendengar luahan rakyat, terus maju dan memakmurkan negeri tercinta ini.

“Terima kasih kepada semua MPKK dan kakitangan Pejabat DUN Linggi yang telah memberikan kerjasama yang erat bagi menjayakan program ini.

“Insya Allah, kita akan bertemu lagi dalam program yang akan datang dalam masa yang terdekat ini,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button