Aktiviti

Jelajah Merdeka KeADILan Negeri Sembilan pupuk semangat kemerdekaan

SEREMBAN: Konvoi Jelajah Merdeka Biro Penerangan KeADILan Negeri Sembilan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan telah dianjurkan dengan jayanya.

Menurut Ketua Penerangan KeADILan Negeri Sembilan, Saudara Yusof Tapar; peserta konvoi dilepaskan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di kediaman rasmi beliau.

“Selepas mulakan konvoi di bandar Seremban, kami terus ke Jempol dan dijamu dengan sarapan pagi oleh KeADILan Cabang Jempol.

“Sampai di Sri Menanti, berlangsung acara Sayembara Puisi, bacaan Sajak, pengisahan Kemerdekaan dan pertandingan kereta berhias anjuran KeADILan DUN Sri Menanti.

“Seterusnya kami dijamu makan tengahari yang disediakan oleh Cabang KeADILan Kuala Pilah,” kata Yusof.

Konvoi meneruskan jelajah ke Cabang Tampin, Rembau, Port Dickson dan berakhir di Cabang Rasah iaitu di Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu.

Yusof merakamkan penghargaan kepada semua kepimpinan dan ahli parti samada di peringkat negeri mahupun cabang yang menjayakan jelajah ini.

“Prgoram jelajah ini adalah untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dan perjuangan parti KeADILan di kalangan rakyat,” ujar Yusof.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button